hurmm.. harini kekecewaan aku makin memuncak.. kesabaran aku makin tak dapat nk di bendung.. cuma yg dapat aku lakukan hanyalah berdoa moga dipermudahkan segala urusan dan diberi 1000 kebaikan.. aminn...
ini lah yg dinamakan kehidupan.. pelbagai dugaan dan rintangan perlu aku tempuhi utk berjaya.. dalam mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang yg berilmu, byk perkara terpaksa di korbankan.. tak kira lar masa untuk diri sendiri, masa utk keluarga, masa untuk kwn2, wang ringgit hanya semata2 utk merialisasikan impian aku...
kesilapan dan kesalahan byk mengajar aku erti kehidupan yang lebih tabah.. untuk bangun teguh berdiri daripada kejatuhan dan kegagalan bukan perkara yg mudah bagi aku.. disebabkan itu, aku selalu ingatkan kwn2 aku supaya jangan lalai dalam pelajaran.. bukan mudah untuk berjaya...
aku sifatkan diriku sbg seorang yg sgt rasional dan amat mementingkan kesempurnaan di setiap bidang atau kerja yg aku laksanakan... no cincai cincai aaa... den amat lar tak gomar... tp ape yg berlaku dikelilingi aku... ramai org suka buat keje cincai cincai.. nak cincai biar bertempat.. jgn sampai menyusahkan org lain.. tak baik buat camtu..
ada pun sifat manusia yg paling aku tak suka... tak de sifat bertanggungjawab.. suka lepas tangan dan pentingkan diri sendiri.. aduhhhh... camner lar orang tergamak buat camtu yek?? nape lar suka menganiyai org lain.. tak paham tul.. tak kira lar lelaki ke, perempuan ke... sama jer.. orang lain pon byk commitment tp pandai uruskan diri sendiri.
aku menadah tangan tanda bersyukur pada Allah kerana beri kekuatan pada aku untuk teruskan study aku.. walau hakikatnya aku sgt letih hari2 travel dari Ampang - Shah Alam.. kadang2 rasa dah tak de kudrat nk berjuang sebagai fisabilillah...
jadual aku yang padat sampai kadang2 terlalu letih dan mengantuk lepas balik dari kelas or discussion, terpaksa lar aku tido tepi highway... sedang orang lain sedap diulit mimpi indah dengan berselimut dan tilam yang empuk... tapi aku kerekot memeluk tubuh...
3 atau 4 pagi baru ler aku sampai rumah.. huh! letih bukan kepalang... pukul 6.30 pagi pulak dh bersiap2 tolong mak.. nak tdo balik lepas tu mmg tak ler... tapi aku bersyukur sbb kerja aku sebagai bakers tak lar menggangu gugat sgt masa belajar.. nasib baik keje sendiri.. :D
berbalik pada tajuk utama, perangai manusia macam-macam ada.. kadang-kadang perangai manusia ni tak masuk dek akal. ada yang suka menyendiri, suka membebel, suka marah, suka mengata, suka menipu, suka tikam belakang kwn, suka tgk org lain jatuh, suka malukan org lain.. hisshhh mcm2 lar.. aku sendiri tak terlepas dari sifat yang pelik2 ni.. ye lar manusia biasa lar katakan.. kta bukan bersifat maksum mcm para Nabi. tapi ada caranya utk ubah dan jauhkan diri dari sifat2 keji ni..
camner nak buat dan hindarkan diri kta dari sifat2 manusia yg pelik2 ni?? jwpan nyer muhasabah diri sendiri tiap2 malam sebelum tdo.. fikir diri sendiri, fikir perasaan org lain yg teraniya tu.. cuba letakkan diri kta kat org yg telah kta aniya.. moga2 kta tersedar setiap perbuatan pasti di beri balasan yang setimpal oleh Allah..
aku berharap dan berdoa agar aku dikurniakan sifat tak suka menganiayai orang dan bertanggungjawab kepada org lain. manusia tak sempurna tapi sifat yg buruk boleh diubah.. bukan utk org lain tp utk kebaikkan diri kta juga!!
No comments:
Post a Comment