My Diet Program

LilySlim Weight loss tickers

Friday, November 29, 2013

Lupa Password...

Assasalmmualaikum semua..

Masya Alllah.. lama sgt kan blog ni bersawang.. ni semua gara2 terlupa password.. haih mmg mak nenek betul.. sikit punya lama tak update.. haritu tukar password pastu lupa pulak mana letak notebook aku.. puas mencari tp tak jmpe2.. smlm cuba kat ofis tak boleh.. dh rasa nk nanges dh.. harini.. finally dpt pon buka blog kesyganku ini...

Alhamdulillah... :D  nnt smbg berblog lagi eh.. nak siapkan keje data SPA.. daaaaa...

Friday, May 10, 2013

thank you Allah...

Assalammualaikum w.b.t semua... 

Lamanya aku tak berblog... hehehhhe... byk story tp malas nk menaip.. masalah gak tu.. :P  aku baru balik berkursus kat Kolej Matrikulasi Perak.. setelah penat sepanjang perjalanan yg diredah bersama boss-boss aku... 

finally aku amik keputusan cuti.. awal nyer aku bgn tdo... hehehhhe... smlm sblm tdo aku memikirkan byk perkara2 yg berlaku sepjg aku berkursus.. sehingga saat ni aku masih tak putus2 rasa bersyukur pada Allah sebab tempatkan aku di KMTJ.. Allah beri sebaik2 tempat utk aku bertugas.. dari segi suasana bandar pontian, tempat tinggal dan hingga lar suasana di tempat kerja... aku amat bersyukur.. walaupon ada perkara2 yang mungkin kurang berpuas hati atau mungkin terdapat diskriminasi.. itu adalah perkara biasa di mana2 tempat.. tak semua perkara kita boleh puaskan hati semua pihak.. 
>>wahhh tiba2 aku insaf.. hahhahhahha<<

betapa jurang batas yg sgt sedikit antara staf dan pihak pengurusan KMTJ.. wa tabik spring kat semua pengurusan KMTJ.. dari pengurusan tertinggi hingga lar pengurusan bukan akademik... walaupon berlainan pangkat dan kedudukan tp kami semua masih boleh duduk semeja dan bergurau senda bersama.. perkara itu adalah sesuatu yg sgt pelik di tempat lain.. aku amat berterima kasih atas kepercayaan yg diberikan walaupon aku hanya kuli jer kat cni.. semoga suatu hari jika diizinkan Allah untuk aku berada di atas, aku tak lupakan hidup aku semasa menjawat jawatan N17.. insya Allah.. 

>> a great experience with all my friends at KMTJ <<

alhamdulillah.. aku dah tamat pengajian kat UiTM Shah Alam... finally setelah 4thn bertungkus lumus... nak mengubah cara hidup yg lebih baik dgn ilmu pengetahuan yang di garap selama ni.. semoga kehidupan ku lebih baik.. insya Allah.. amin.. 

Tuesday, March 12, 2013

sob sob sob.. :'(

Ya Allah bantulah hambaMu ini.. 
Berat hati ni.. 
Berat bagi aku menanggung segala..
Aku hanya berharap semuanya akan lebih baik
Jangan Engkau bebani aku atas dugaan yang tak mampuku tanggung
Akhirilah dgn penuh kasih sayangMu dan kebahagiaan 
Di dunia dan akhirat..
Aku amat berharap dan bermohon padaMu..
Tolong aku Ya Allah..
Aku penat menangis.. aku penat difitnah.. 
aku penat.. Ya Allah.. aku penat.. 
Tolong aku hentikan beban ini.. 
Aku rasa tak berdaya.. :'(

Thursday, February 28, 2013

Petua ~~copy paste~~

Petua Untuk Wanita 

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Tambahan Petua2 khusus untuk Wanita

Rumahtangga bahagia

1 :: Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2 :: Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3 :: Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

4 :: Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5 :: Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 :: Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 :: Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8 :: Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9 :: Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10 :: Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11 :: Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12 :: Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13 :: Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14 :: Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15 :: Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16 :: Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17 :: Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18 :: Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19 :: Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ::Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21 ::Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 :: Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ::Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya..

sebagai renungan dan panduan..
Petua Untuk Wanita 

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi

Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara PerinduElakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Tambahan Petua2 khusus untuk Wanita

Rumahtangga bahagia

1 :: Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2 :: Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3 :: Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

4 :: Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5 :: Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 :: Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 :: Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8 :: Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9 :: Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10 :: Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11 :: Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12 :: Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13 :: Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14 :: Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15 :: Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16 :: Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17 :: Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18 :: Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19 :: Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ::Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21 ::Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 :: Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ::Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya..

sebagai renungan dan panduan..

here i'm back again.. hahhahahha..

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua,

huh! lama tak hapdate blog ku.. :P busy bebenor.. byk keje kat opis.. study yang tggu masa nak abes.. alhamdulillah... mudah2an grad aku.. nnt leh smbg degree lak.. insya Allah... amin..

ceritera aku kali ni.. berkenaan kejujuran dalam persahabatan.. beberapa minggu yang tidak menyenangkan dan mengecewakan hidup aku.. kesabaran aku diuji berkali-kali.. sehingga satu tahap meletop habes!!! setereeesssssss!!! setelah meletop tu makan dia!! Gua halau kwn serumah aku dgn slumber nyer... aku mmg tak suka betul kalau dapat kwn yang pentingkan diri nih.. dah tu siap tikam belakang aku.. sakit oooo... pantang dalam hidup aku klu orang berbohong ngn aku.. perrgghhh cuping telinga aku yg tebal ni leh jadi nipissssssss.... merah membara!! 

jgn sesekali berbohong.. tu mmg gua pantang 7 keturunan.. sape-sape yg kenal aku, tau yg aku ni sgt syg kwn-kwn..sgt ambil berat dgn kwn-kwn.. tp lu jgn buat peleche ngn aku.. dua tiga kali klu lu cari pasal.. dari aku tak smpi hati leh jadi smpi hati buang kwn.. 

susah sgt ker berlaku jujur dgn kwn2.. betul kadang-kadang kta terpaksa berbohong untuk jaga hati org.. tp klu dah smpi memburuk2kan org tu mmg aku tak leh terima..  setelah eksiden menghalau kwn2 aku dr umah.. kini aku bahagia.. seronok dok sensorng.. tak de gangguan dan tak sakit hati nak balik umah tgk muka-muka fake depa.. hehhee..

aku tau risiko menghalau org dr rumah ni mmg tinggi.. dan aku dh bersedia.. perkara yang aku dh agak akan berlaku dah pon terjadi.. 
mmg nak tutup malu korg.. pastu nk burukkan aku.. mentang-mentang lar muka aku ni garang, tak cantik, tak ayu mcm org.. org ckp mcm2.. kecian aku tgk ngn korg ni.. nak cover malu jadi buruk2kan aku.. no problem lar beb.. aku bersyukur Allah makbulkan doa aku jauhkan aku dari kwn2 yang baik dan bermanis muka hanya depan aku tp tidak dibelakangku..

bak kata pepatah 
"BIAR RUPA HODOH HATI MAU BAIK; JGN MUKA LAWA HATI MCM BANGKAI"

dari ensiden tu gak lah.. diorg hangkut barang-barang yang dah diwakafkan oleh kwn2 yang pernah dok situ.. haihhh korg ni kata bagus sgt.. brg yg diwakafkan mana leh korg rembat camtu jer.. dosa & haram.. even aku tuan rumah tu pon xleh amik walaupon oneday aku pindah dari umah tu.. ada paham?? org bijak pandai mcm korg mana paham.. terlebih bijak.. xpe bagi aku tu semua budak2 yang baru nak blajar hidup sendiri.. 

lepas pindah buat muka berlagak lak tu.. xpe Allah ada.. satu hari nnt org keliling tau lar perangai korg camner..  tp itulah kan kata manusia.. mmg suka busybody amik tau pasal org pastu dengar citer sebelah pihak jer.. manusia.. manusia... kasihannnnnn...

tak penah aku dok umah sewa jadi camni beb.. kwn2 aku dulu tip top.. terbaek!! huh! rindu dok rumah bujang aku dulu.. sakit demam kwn2 ada kat sisi.. ni dok ngn korg haprak!!! 

tapi kannnnn... mmg menyayat hati tgk org keluarkan brg dari rumah.. 
kena halau.. hahhahhhahhaha.. >>gelak jahat<< 
dude!! korg mmg so pathetic!!

Wednesday, January 9, 2013

jom layan lirik lagu..

ni lagu wajib bila aku gi karok.. ehhheehe.. moh lar kta layan.. 

Nike Ardila - Ku tak akan bersuara

Izinkan cintaku

Berbunga di hatimu

Biar terus mekar

Jadi kenyataan

T’lah lama ku dahaga

Belaian seorang insan

Semoga bersamamu

Ceria hidupku

Ku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan

Hanya setiamu itu ku harapkan

Ku tak akan menduakan walau kilauan menggoda

Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu

Hanya ku pinta darimu

Setialah selamanya

Sehingga abadi

Cinta ini sayang begitu ku doakan

Tak mungkin kan terjadi

Kehancuran cinta kita

Tegarnya hatimu seperti hatiku

Tegarnya hatimu seperti hatiku

Astrid – Tentang Rasa

Aku tersesat

Menuju hatimu

Beri aku jalan yang indah

Ijinkan ku lepas penatku

‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama

Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan

Membuatku takut kehilangan

Ku titipkan cahaya terang

Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama

Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama

Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama

Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya

Tuesday, January 8, 2013

Kepada Allah aku memohon..

Kepada Allah aku memohon..
hati tak sakit
hati tak kecewa
hati yg tenang
hati yg sihat
hati yg kuat
hati yang tabah
hati yg gembira
hati yang mulia..

Kepada Allah aku memohon..
diberikan pertunjuk..
diberikan ketenangan
diberikan kesabaran
diberikan ketabahan
diberikan kasih
diberikan rasa cinta dan sayang

Kepada Allah aku memohon..
jalan kebahagiaan
jalan kesejahteraan
jalan yang lurus dan benar
jalan yang diredhai
jalan yang diberkati

tiada aku memohon pada yang lain
hanya Kepada Allah aku memohon..